HomeUnit-unitUnit Pengurusan SekolahPengurusan Sekolah Rendah

Pengurusan Sekolah Rendah

 OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH

 1.    Memastikan semua kanak-kanak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisiplin.

 2.    Menyediakan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan formal yang akan datang.

 3.    Memastikan pelajar-pelajar berkenaan mencapai tahap yang memuaskan dalam mata pelajaran serta meningkatkan kualiti akademik pelajar-pelajar tersebut.

 4.    Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas menerima pendidikan rendah dan menengah.

 5.    Menempatkan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah apabila menerima bekalan dari Kementerian Pendidikan dengan memastikan semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah.

 6.    Menguruskan pengisian jawatan Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kanan Mata Pelajaran apabila berlaku kekosongan jawatan tersebut di sekolah-­sekolah.

 

TUGAS-TUGAS

Bertanggungjawab kepada Pegawai Penedidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan ketua-ketua unit di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut :

  1. Penyeliaan ke atas SK/SJKC dan SJKT daerah SPU.
  2. Membantu mengurus pertukaran dan penempatan guru-guru terlatih Sekolah  Kebangsaan dalam daerah.
  3. Mengurus pertukaran dan pendaftaran pelajar-pelajar Sekolah  Kebangsaan.
  4. Siasatan kes aduan Sekolah  Kebangsaan.
  5. Urusan pengambilan dan penempatan GSTT/ Guru ganti.
  6. Pengurusan data pelajaran Sekolah Kebangsaan.
  7. Mewakili PPD/PPPD di majlis-majlis peringkat sekolah atau mesyuarat JPN, agensi kerajaan/swasta.
  8. Menguruskan penempatan murid-murid ke tahun satu.
  9. Menjadi bapa angkat kepada Sekolah Prosa.

 

Statistik

Statistik Bil Sekolah

  Sumber berdasarkan EMISONLINE  bertarikh 01 Ogos 2016. 

Hubungi Kami

LogoPPDSPU

Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara,

13200, Kepala Batas,

Pulau Pinang

Tel: 04-5757285
Faks:04-5757270
E-Mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Go to top