HomeUnit-unitUnit Pengurusan SekolahObjektif Unit

Objektif Unit Pengurusan Sekolah

OBJEKTIF - UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

1.    Memastikan semua kanak-kanak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisiplin.

2.    Menyediakan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan formal yang akan datang.

3.    Memastikan pelajar-pelajar berkenaan mencapai tahap yang memuaskan dalam mata pelajaran serta meningkatkan kualiti akademik pelajar-pelajar tersebut.

4.    Meningkatkan kualiti sahsiah pelajar-pelajar dalam bidang disiplin, penyerapan nilai-­nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.

5.    Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas menerima pendidikan rendah dan menengah.

6.    Menempatkan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah apabila menerima bekalan dari Kementerian Pendidikan dengan memastikan semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah.

7.    Menguruskan pengisian jawatan Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kanan Mata Pelajaran apabila berlaku kekosongan jawatan tersebut di sekolah-­sekolah.

8.    Mengurus dan memberi khidmat kepada semua urusan berkaitan Akta Pendidikan 1996 dan perundangan-perundangan di bawahnya berkaitan Pendaftaran Guru, Ahli Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ke arah memenuhi sasaran "Pengurusan dan Kepimpinan"

9.    Untuk memastikan dasar, perancangan, hala tuju pendidikan swasta negeri selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

10. Untuk membantu dan menggalakkan penubuhan dan perkembangan institusi pendidikan swasta selaras dengan arahan dan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

   11. Memantau dan meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan swasta di negeri Pulau Pinang.

Statistik

Statistik Bil Sekolah

  Sumber berdasarkan EMISONLINE  bertarikh 01 Ogos 2016. 

Hubungi Kami

LogoPPDSPU

Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara,

13200, Kepala Batas,

Pulau Pinang

Tel: 04-5757285
Faks:04-5757270
E-Mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Go to top