HomeMaklumat KorperatPiagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

1.     Semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

2.     Setiap murid mendapat buku teks (SPBT), satu meja satu kerusi pada hari pertama persekolahan bermula.

3.     Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.     Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

5.     Keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

6.     Proses penempatan guru dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas senarai bekalan guru diterima di lokasi.

7.     Pertukaran guru di dalam daerah dilaksanakan dua (2) kali setahun (Januari dan Jun) dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran dikeluarkan.

8.     Akuan penerimaan aduan dimaklumkan kepada pengadu yang 'berintegriti' dalam tempoh 24 jam.

9.    Setiap aduan diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.

 

Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara sentiasa bersedia dansanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

Statistik

Statistik Bil Sekolah

  Sumber berdasarkan EMISONLINE  bertarikh 01 Ogos 2016. 

Hubungi Kami

LogoPPDSPU

Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara,

13200, Kepala Batas,

Pulau Pinang

Tel: 04-5757285
Faks:04-5757270
E-Mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Go to top